UM Berhari Raya dan Berkonsert
12:32 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
Assalamualaikum...

Perginya Ramadhan sering dirindui,
Syawal berlalu tetap dinanti,
Zulkaedah tiba menambah seri,
Semoga amalan tetap diberkati...

Entry kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan serangkap pantun sebagai pemujuk diri buat mereka yang menunggu bilakah agaknya blog ini akan di"update"...Seperti yang disebut dalam entry yang sebelum ni...UM bukannya "hilang", cuma update tu dapat dilakukan sekali-sekala sahaja...entry kali ini menampilkan aktiviti terbaru UM bermula dengan jemputan persembahan sempena Jamuan Hari Raya, Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) yang diadakan pada 3 Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431 di Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra, UTM...Dalam persembahan ini, UM mendendangkan dua buah lagu iaitu Mentari Syawal oa: Hafiz Hamidun dan Haziq serta Hati Insan...Tiada gambar yang dapat di"upload" kerana kami kekurangan kakitangan untuk mengambil gambar sepanjang persembahan ini...
~teringat kat abg firdaus...


Aktiviti UM diteruskan lagi dengan konsert nasyid Malam Kesenian Islam 2010 yang dijayakan oleh Devotees, Far-East, dan Azhan Atan...Dalam konsert ini, UM dijemput sebagai kumpulan nasyid jemputan dari UTM bagi sama-sama menjayakan konsert nasyid ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi program korban sempena Aidiladha di Kemboja...Sememangnya ini adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana kami berpeluang berkongsi pengalaman dan tak lupa juga beberapa tips untuk menjadi penasyid yang berjaya...InsyaAllah...Dalam konsert ini, UM mendendangkan dua buah lagu iaitu Hati Insan dan Warisan...


Poster konsert...




Ketika sesi latihan...



Bersama Ustaz Azhan...



Selain Ustaz Azhan, Konsert turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Devotees dan Far-East...


Kumpulan Devotees



Kumpulan Far-East


UM bersama Devotees


Sampai disini entry kali ni, InsyaAllah UM akan kembali dengan "latest update" untuk entry yang akan datang...Assalamualaikum....






Pertandingan Nasyid Sempena Konvokesyen UTM Ke-45
6:09 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
25 September 2010

UM kembali ceria dengan update-update setelah sekian lama seperti sudah 'hilang'. Namun, UM masih lagi aktif seperti biasa cuma masa yang tidak mengizinkan untuk update. Update terbaru ini adalah berkaitan dengan Pertandingan Nasyid Sempena Konvokesyen UTM Ke-45. Kali ini UM menampilkan dua pecahan kumpulan. Kumpulan pertama adalah Ukhwatul Muslimin (UM) itu sendiri dan pecahan kedua dikenali sebagai Nada Iman (NI). UM dan NI mempersembahkan 1 buah lagu dengan masing-masing menyanyikan lagu Bersatu dan Redha. Namun, rezeki NI lebih lapang daripada UM dengan memenangi tempat ke-2. Walaubagaimanapun, UM jangan berputus asa.


Ukhwatul Muslimin

Nada Iman




Selain UM dan NI, pertandingan ini disertai 3 lagi buah kumpulan:

Jauzan

Al-Afwan

Intowesee

********************
Ragam UM dan NI

Salam peperiksaan
3:42 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
Kebanyakan warga universiti terutamanya UTM sudah memasuki minggu-minggu peperiksaan. Ahli-ahli UM pun begitu juga. Selamat menyambut hari peperiksaan dengan tabah. Usaha, doa dan tawakkal InsyaAllah berjaya. Aktiviti UM telah pun tamat dengan berakhirnya rehlah ke Gunung Ledang dan Melaka. Maka, aktiviti-aktiviti yang lain akan bermula seperti biasa pada semester hadapan...UM

********
Kami bertiga mengucapkan selamat maju jaya untuk UM di masa hadapan. Lepas ni tiada lagi alchemyphoto barangkali dan selepas ini juga, blog ini akan diambil alih oleh orang lain. Walaubagaimanapun, alchemyphoto tetap ada di sini InsyaAllah selagi hayat dikandung badan.

Perginya kami bukan membenci,
Tapi sampai bila nak kat sini,
dan apa-apa pun, UM tetap di hati.

Andainya Aku Pergi Dulu - Alleycat

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Md Firdaus

Mohd Kamal

Abg Din
Ekspedisi Rehlah Gunung Ledang & Melaka
12:44 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
29 Mac 2010

Pada 28 Mac yang lalu, 12 orang ahli UM telah berehlah ke Gunung Ledang dan Melaka. Idea awal hanyalah ke Gunung Ledang tetapi terdapat idea bernas ke Melaka ketika sedang mandi. Minum air gunung memang boleh jadi bijak barangkali. Hehe.

1. Gunung Ledang




Subhanallah, indah ciptaanya~
Menikmati roti sardin sebagai makan tengah hari sebelum bertolak ke Melaka.


2. Melaka




Selepas penat berjalan dan mandi manda di siang hari, maka, tibalah waktu makan malam yang sungguh tidak dapat dilupakan~ Kalau bab makan memang UM hebat~ haha

Sotong sambal...pergh~ subhanallAh maasyaAllah sedapnya~
Siakap bakar~.... Aduh, tidak kulupa rasanya!
Ini satu lagi, tom yam nyam nyam nyam~

Punyalah teringin nakminum air kelapa, sampai ke tempurung korek isi die. Haha
Kan dah cakap, UM kalau bab makan memang tak boleh lawan. Hahaha

Akhir sekali, bagi gambar di bawah dari kanan, Abang Din, Firdaus dan Kamal, 3 jejaka ini InsyaAllah akan menamatkan pelajaran masing-masing di UTM ini. Rasa sayu dan hiba mengenangkan kisah suka-duka dan susah senang bersama UM. Semoga generasi yang baru dapat meneruskan kegemilangan UM. Walaupun telah pergi, UM masih tetap di hati...UM


Minggu Inspirasi Kesatuan Komuniti 2010 (MIKS `10)
10:44 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
13 Mac 2010

Pada 7 Mac 2010 yang lalu UM memenuhi jemputan persembahan untuk malam penutup MIKS `10 anjuran Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Surau (LTKS), Hal Ehwal Wanita PMIUTM, dan Fakulti Tamadun Islam UTM. Majlis penutup ini dirasmikan oleh En. Fauzi Abd Rahman, Felo KTDI UTM. UM mempersembahkan 3 buah lagu, iaitu Mengemis Kasih, Hati Insan dan Kehidupan.