Ekspedisi Rehlah Gunung Ledang & Melaka
12:44 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
29 Mac 2010

Pada 28 Mac yang lalu, 12 orang ahli UM telah berehlah ke Gunung Ledang dan Melaka. Idea awal hanyalah ke Gunung Ledang tetapi terdapat idea bernas ke Melaka ketika sedang mandi. Minum air gunung memang boleh jadi bijak barangkali. Hehe.

1. Gunung Ledang




Subhanallah, indah ciptaanya~
Menikmati roti sardin sebagai makan tengah hari sebelum bertolak ke Melaka.


2. Melaka




Selepas penat berjalan dan mandi manda di siang hari, maka, tibalah waktu makan malam yang sungguh tidak dapat dilupakan~ Kalau bab makan memang UM hebat~ haha

Sotong sambal...pergh~ subhanallAh maasyaAllah sedapnya~
Siakap bakar~.... Aduh, tidak kulupa rasanya!
Ini satu lagi, tom yam nyam nyam nyam~

Punyalah teringin nakminum air kelapa, sampai ke tempurung korek isi die. Haha
Kan dah cakap, UM kalau bab makan memang tak boleh lawan. Hahaha

Akhir sekali, bagi gambar di bawah dari kanan, Abang Din, Firdaus dan Kamal, 3 jejaka ini InsyaAllah akan menamatkan pelajaran masing-masing di UTM ini. Rasa sayu dan hiba mengenangkan kisah suka-duka dan susah senang bersama UM. Semoga generasi yang baru dapat meneruskan kegemilangan UM. Walaupun telah pergi, UM masih tetap di hati...UM


Minggu Inspirasi Kesatuan Komuniti 2010 (MIKS `10)
10:44 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
13 Mac 2010

Pada 7 Mac 2010 yang lalu UM memenuhi jemputan persembahan untuk malam penutup MIKS `10 anjuran Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Surau (LTKS), Hal Ehwal Wanita PMIUTM, dan Fakulti Tamadun Islam UTM. Majlis penutup ini dirasmikan oleh En. Fauzi Abd Rahman, Felo KTDI UTM. UM mempersembahkan 3 buah lagu, iaitu Mengemis Kasih, Hati Insan dan Kehidupan.



Mini Konsert Bersama Azhan Atan
8:05 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
7 Mac 2010

Satu mini konsert telah diadakan di Kolej Tun Fatimah (KTF) UTM pada 6 Mac 2010. Pada konsert ini menampilkan artis Juara Akademi Nasyid Musim Pertama, Azhan Atan. UM sekali telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan pada mini konsert ini. Ia diadakan bersempena meraikan anak-anak yatim dan juga kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan. UM mendendangkan 3 buah lagu, iaitu Gemilang, Warisan, dan Harapan PadaMu Subur Kembali. Manakala Azhan Atan menyanyikan 6 buah lagu dan kami diberi peluang untuk bernyanyi bersama-sama beliau di atas pentas. Bagi UM, ini adalah satu lagi pencapaian yang baik dalam bidang nasyid selepas dapat bergandingan dengan Nazrey Johani pada Ogos 2009 yang lalu. Syabas UM! Semoga Allah terus memberkati usaha-usaha dakwah ini. Terapkanlah keikhlasan dalam jiwa supaya dapat berdakwah melalui nasyid dengan lebih baik di masa hadapan. Terima kasih sekali lagi buat En. Azam yang tidak jemu mengundang kami...UM



Embun Malam
6:54 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
6 Mac 2010

Selepas letih berlatih nasyid, dengan diiringi embun malam, beberapa orang ahli UM pergi ke Kolej 9 untuk menjamu selera. Ya lah, penat menyanyi, tekak kering ditambah pula dengan alunan 'nasyid' di dalam perut. Hehe...

Jejaka UM yang mantap~ Saudara Kamal dan Saudara Rizauddin


Konsert Tour De Tahfiz Nazrey Johani di UTM
4:27 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
3 Mac 2010

Konsert ini diadakan bagi mengumpul dana untuk membina sebuah maahad tahfiz di Ranau, Sabah. Pada konsert ini, artis-artis yang membuat persembahan selain Nazrey Johani adalah UNIC, As-Saufee dan Brothers.

Saudara moderator blog, Md Firdaus (dua dari kanan) mewakili UM untuk mengambil gambar konsert .