Sutera Kasih
5:36 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
28 Januari 2010

3 hari selepas membuat persembahan di rumah anak yatim PKAYI, iaitu pada 19 Januari 2010, UM meneruskan undangan persembahan ke Kolej 9 untuk kali kedua untuk semester ini. Kali ini bagi meraikan pelantikan Jawatankuasa Kolej 9 (JKM K9). dikenali sebagai Malam Sutera Kasih. Bagi persembahan ini, UM menyanyikan 2 buah lagu, Setelah Aku Dipaling dan Bingkisan Rindu. Pada majlis pelantikan JKM K9 ini, Dr. Mohd Sharif Mustafa bertindak selaku VVIP.

Barisan ahli-ahli UM yang hadir adalah dikalangan senior tahun 2 hingga tahun 4 kerana junior tahun 1 kesemuanya menghadapi ujian pada malam tersebut. Seperti biasa tirai persembahan dimulakan dengan alunan perkusi. Kemudian disusuli dengan ta`arruf daripada anggota UM kepada warga K9 yang hadir. Nyanyian dimulakan dengan lagu Bingkisan Rindu yang dipopularkan oleh kumpulan Far East dengan bantuan minus-one. Manakala lagu kedua lagu dendangan kumpulan nasyid Rast, Setelah kudipaling diiringi oleh bunyian gitar alunan dari Saudara Harunal Rejan, King of Calypso. Hehe...


Saudara Harunal Rejan memikirkan sesuatu... hehe. Mungkin sedang berkata, " Hebat aku main gitar tadi".

Bagi kami, persembahan pada malam itu telah dibuat dengan rapi dan rehearsal juga telah dilakukan pada sebelah petangnya. Namun, kita merancang tetapi Allah SWT juga merancang. Mikrofon menghadapi masalah ketika persembahan dan gitar tertinggal di belakang para penonton.

Walaubagaimanapun, kami sudah mencuba yang terbaik untuk berda'wah sambil menghiburkan para hadirin yang dihormati. Kami memohon ampun da maaf atas segala ketidaksempurnaan kami dan kami akan memperbaiki persembahan kami di masa akan datang. Terima kasih ditujukan kepada warga K9 yang sudi menjemput kami membuat persembahan pada malam itu...UM


Bergambar kenang-kenangan



Ragam selepas persembahan... Shah Razif (kiri sekali) membayangkan memegang mic barangkali, khusyuk menyanyi. Haha...
PKAYI
2:17 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
25 Januari

Tanggal 16 Januari 2010, UM telah menyertai Kelab Budi Penyayang (KBP) UTM di bawah seliaan En. Azam ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam (PKAYI), Kota Tinggi, Johor. Penyertaan UM ini adalah jemputan daripada KBP. Tujuan program ini diadakan kerana ia adalah sebahagian daripada aktiviti KBP di samping beramal soleh kerana ia adalah satu daripada kelab-kelab kokurikulum di UTM. Program ini berlangsung selama satu hari dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Mengecat, sukaneka dan slot motivasi adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
PKAYI

Sebelum berangkat

Bergambar di dalam bas

Program bermula dengan kerja-kerja mengecat bangunan dewan makan dan asrama. Para peserta mengecat dengan penuh semangat walaupun ada yang tidak pernah mengecat sebelum ini. Sekurang-kurangnya sudah tahulah bagaimana mahu mengecat. Hehe...

Saudara Mazlan kita... Tekun mengecat

Harunal, tgk je ke??!

Berehat mengecat dengan air kelapa. Abang Hafizuddin kita petik kelapa. En. Azam, jaga-jaga!

Haa, itu dia. Abang moderator blog UM, Md Firdaus tolong potong kelapa. Memang sangat berbakat! Hahahaha~


Selepas itu, slot motivasi disampaikan oleh Pengerusi UM, Saudara Mohd Mazlan. Difahamkan bahawa sebelum sesi bermula, beliau hanya meminta 15 minit sahaja kerana tidak begitu bersedia memberi motivasi. Namun, slot itu berlangsung lebih kurang 30 minit! Wah, syabas! Hehe...
Saudara Mazlan boleh jadi motivator. UM boleh buat aktiviti baru, 'Sehari Motivasi bersama Abang Mazlan UM'. Hehe...

Selepas itu, program sukaneka dijalankan yang mana para anak yatim bersuka ria dengan ahli-ahli KBP. Program berhenti seketika ketika makan tengah hari dan solat zohor. Kesempatan ini digunakan oleh kumpulan UM untuk persediaan persembahan di sebelah petangnya.

Mengecat itu memenatkan ye~ Saudara Izham sempat tidur sebentar.


UM membuat persembahan dengan sangat baik dan lancar dibantu dengan technician terbaiknya, Shahir. Alhamdulillah~ Walaupun terpaksa berkongsi mikrofon, itu tidak menjadi masalah untuk mempersembahkan nyanyian-nyanyian merdu nasyid. Program berakhir sekitar jam 630 petang.
Tirai persembahan dibuka dengan rentak perkusi yang mantap!


Nyanyian yang mantap! Syabas terutamanya Generasi ke-16.

Sesungguhnya, berbuat baik dengan anak-anak yatim adalah satu perbuatan yang mulia. Semoga apa yang kita lakukan pada ketika itu diredhai oleh Allah SWT InsyaAllah. Kami, warga UM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KBP yang sudi mengundang kami ke program ini. Semoga KBP dapat teruskan usaha-usaha murni seperti ini di masa-masa akan datang. Terima kasih juga kepada pihak PKAYI yang telah memberi layanan yang baik kepada kami semua. Kami memohon ampun dan maaf atas ketiksempurnaan kami ketika menjalankan program... Wassalam...UM

Bergambar kenangan bersama-sama anak-anak yatim PKAYI

Terima kasih daun keladi En. Azam~


Pengenalan
11:12 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
24 Januari

Sebelum blog ini pergi lebih jauh, apa kata kita mengenali ahli-ahli kumpulan UM. Di bawah ini adalah ahli-ahli UM. Sila klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih besar.


1. Mohd Mazlan

Beliau berasal dari Selangor dan bagi sesi 2010 ini, beliau bertindak sebagai pengerusi UM yang baru. Beliau adalah pelajar tahun 1 dari Generasi ke-16 UM. Saudara Mazlan berbakat dalam nyanyian dan juga percussion. Syabas tuan pengerusi~

2. Saihan

Jejaka ini berasal dari Kelantan dan bertindak sebagai timbalan pengerusi UM. Beliau juga seperti Mazlan, berbakat dalam nyanyian terutamanya second voice dan juga dalam percussion. Beliau adalah pelajar tahun 1 dan Generasi ke-16 UM.

3. Muzaffar

Anak teruna tahun 2 ini memegang jawatan sebagai setiausaha yang baru untuk sesi 2010. Beliau satu-satunya Generasi UM ke-15 yang masih ada. Berbakat dalam beberapa jenis suara terutamanya sebagai vokalis. Hehe~

4. Izham

Saudara kita ini berjawatan bendahari yang berbakat sebagai solo. Beliau adalah pelajar tahun 1 dari Generasi ke-16 dan lagu kesukaan beliau rasanya Bersatu. *wink*~

5. Khairul Hafizuddim

Pelajar tahun 1 yang berasal dari Kodiang, Kedah dengan bakatnya yang hebat sebagai pemain percussion menjadikannya sebagai ketua percussionist. Juga mempunyai bakat dalam suara faseto tetapi belum lagi diasah. Huhu~

6. Anas

Seorang lagi pelajar tahun 1 yang agak pendiam orangnya, sangat berbakat bermain yanki dan shaker (saya sangat jealous. hahaha...). Juga dari Generasi ke-16.

7. Shahir

Berbakat dalam seni suara. Pelajar tahun1 dari Generasi ke-16 dan baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 'tehcnician' UM yang terbaik kerana prestasinya yang sangat mantap ketika persembahan di rumah anak yatim. Alhamdulillah~ Syabas~

8. Mohd Kamal

Dilantik sebagai Mursyidul Am (penasihat) UM kerana bakatnya yang sangat dikagumi dalam seni suara dan percussion. Vokalis paling mantap dengan keupayaannya menyanyi dengan pelbagai jenis suara. Jejaka ini berasal dari Selangor dan pelajar tahun 4 dari Generasi ke-13.

9. Rizauddin

Generasi UM ke-11 ini berasal dari Kuching sangat berbakat dalam bidang suara dan antara senior yang banyak pengalaman dalam industri nasyid IPT. Hehe...

10. Arif Zaki

Terkenal dengan gelaran 'comel' (saya pernah dengar dengan telinga saya sendiri) dikalangan peminat, jejaka tahun 3 ini sangat berbakat dalam vokalis. Percussion juga tidak kurang hebatnya~

11. Shah Razif

Pelajar tahun 3 dari Generasi ke-14 sangat berbakat dalam menyanyi. Lagu hits nya adalah Sesama Insan dengan chorus 'bukan selalu'. Hehe... Juga berbakat dengan bermain percussion.

12. Shafrin

Saudara tahun 3 dari Generasi ke-14 juga, handal juga dalam menyanyi dan juga terkenal dalam permainan kompang. Pakar bermain alat yang bernama jedo. Bukan judo ye... Hehe.

13. Ezad

Lelaki ini sangat hebat dengan suara bass (saya pun boleh buat tetapi tidak semantap beliau). Berasal dari Pulau Pinang dan juga pelajar tahun 3 dari Generasi ke-14.

14. Harunal Rejan

'King of Calypso' adalah gelarannya kerana kepakarannya dalam bermain percussion rentak calypso. Huahaha... Jejaka ini adalah tahun 3, berasal dari Sabah dan juga Generasi ke-14.

15. Hafizuddin Shah

Generasi ke-14 UM ini adalah pelajar tahun 3 dengan kemahiran nyanyian yang hebat. Juga master kepada kompang yang berasal dari Muar, Johor...

16. Mohd Faiz

Beliau adalah Generasi ke-11, menyambung pelajaran di peringkat master dan merancang untuk menyambung Phd. Moga-moga berjaya. InsyaAllah~

Saudara Faiz

Begitulah sedikit sebanyak pengenalan kepada ahli-ahli kumpulan UM. Ada seorang lagi pelajar Generasi ke-11 UM iaitu saudara Lutfi yang juga melanjutkan pelajaran di peringkat master.

Rasanya setakat ini dulu. Eh, eh! Ada seorang lagi yang tertinggal. Person in-charge untuk blog UM ini. Lupa la pula. Hehe. Beliau berasal dari Klang, Selangor. Berbakat dalam bermain percussion dan baru perasan kebolehan menyanyi suara bass. Da tahun 4 baru perasan. Huhu. Beliau adalah Generasi ke-13 UM bernama Md Firdaus.


Md Firdaus (Alchemy Al-Jazari)
Petroleum Engineering


**p/s - moto tu arif zaki punye. hehe~
Jamuan Ukhwah
1:37 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
23 Januari

Sebentar tadi pada jam 10 malam, sebuah perjumpaan telah diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli kelab UM. Perjumpaan ini dihadiri oleh ahli UM dari generasi ke-11 hingga ke-16. Walaupun begitu, adalah juga 2, 3 orang yang tidak dapat menghadirkan diri. Tak apelah. Pada perjumpaan ini juga, blog UM dengan rasminye telah dilancarkan oleh Pengerusi UM yang baru, saudara Mohd Mazlan.

Salam Ukhwah
4:31 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Salam ukhwah dari kami Ukhwatul Muslimin Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor...