PKAYI
2:17 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
25 Januari

Tanggal 16 Januari 2010, UM telah menyertai Kelab Budi Penyayang (KBP) UTM di bawah seliaan En. Azam ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam (PKAYI), Kota Tinggi, Johor. Penyertaan UM ini adalah jemputan daripada KBP. Tujuan program ini diadakan kerana ia adalah sebahagian daripada aktiviti KBP di samping beramal soleh kerana ia adalah satu daripada kelab-kelab kokurikulum di UTM. Program ini berlangsung selama satu hari dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Mengecat, sukaneka dan slot motivasi adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
PKAYI

Sebelum berangkat

Bergambar di dalam bas

Program bermula dengan kerja-kerja mengecat bangunan dewan makan dan asrama. Para peserta mengecat dengan penuh semangat walaupun ada yang tidak pernah mengecat sebelum ini. Sekurang-kurangnya sudah tahulah bagaimana mahu mengecat. Hehe...

Saudara Mazlan kita... Tekun mengecat

Harunal, tgk je ke??!

Berehat mengecat dengan air kelapa. Abang Hafizuddin kita petik kelapa. En. Azam, jaga-jaga!

Haa, itu dia. Abang moderator blog UM, Md Firdaus tolong potong kelapa. Memang sangat berbakat! Hahahaha~


Selepas itu, slot motivasi disampaikan oleh Pengerusi UM, Saudara Mohd Mazlan. Difahamkan bahawa sebelum sesi bermula, beliau hanya meminta 15 minit sahaja kerana tidak begitu bersedia memberi motivasi. Namun, slot itu berlangsung lebih kurang 30 minit! Wah, syabas! Hehe...
Saudara Mazlan boleh jadi motivator. UM boleh buat aktiviti baru, 'Sehari Motivasi bersama Abang Mazlan UM'. Hehe...

Selepas itu, program sukaneka dijalankan yang mana para anak yatim bersuka ria dengan ahli-ahli KBP. Program berhenti seketika ketika makan tengah hari dan solat zohor. Kesempatan ini digunakan oleh kumpulan UM untuk persediaan persembahan di sebelah petangnya.

Mengecat itu memenatkan ye~ Saudara Izham sempat tidur sebentar.


UM membuat persembahan dengan sangat baik dan lancar dibantu dengan technician terbaiknya, Shahir. Alhamdulillah~ Walaupun terpaksa berkongsi mikrofon, itu tidak menjadi masalah untuk mempersembahkan nyanyian-nyanyian merdu nasyid. Program berakhir sekitar jam 630 petang.
Tirai persembahan dibuka dengan rentak perkusi yang mantap!


Nyanyian yang mantap! Syabas terutamanya Generasi ke-16.

Sesungguhnya, berbuat baik dengan anak-anak yatim adalah satu perbuatan yang mulia. Semoga apa yang kita lakukan pada ketika itu diredhai oleh Allah SWT InsyaAllah. Kami, warga UM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KBP yang sudi mengundang kami ke program ini. Semoga KBP dapat teruskan usaha-usaha murni seperti ini di masa-masa akan datang. Terima kasih juga kepada pihak PKAYI yang telah memberi layanan yang baik kepada kami semua. Kami memohon ampun dan maaf atas ketiksempurnaan kami ketika menjalankan program... Wassalam...UM

Bergambar kenangan bersama-sama anak-anak yatim PKAYI

Terima kasih daun keladi En. Azam~


This entry was posted on 2:17 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On February 2, 2010 at 1:39 AM , Mohd Kamal Bin Othman said...

Assalamualaikum...
Begitulah hendaknya, beramal dan berbakti kerana Allah dengan menghidupkan suasana ceria dan gembira dikalangan anak-anak yatim, insan-insan yang mulia dan dirahmati Allah SWT, InsyaAllah. Semoga dipermudahkan urusan kita seharian, semoga dilurus juga diperbetul niat kita dalam menyampaikan da'wah, dan mudah-mudahan sampai kalimah-kalimah da'wah dalam hati-hati mereka yang mendengarnya, InsyaAllah.

Teruskan perjuangan, UM's...!