Pengenalan
11:12 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
24 Januari

Sebelum blog ini pergi lebih jauh, apa kata kita mengenali ahli-ahli kumpulan UM. Di bawah ini adalah ahli-ahli UM. Sila klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih besar.


1. Mohd Mazlan

Beliau berasal dari Selangor dan bagi sesi 2010 ini, beliau bertindak sebagai pengerusi UM yang baru. Beliau adalah pelajar tahun 1 dari Generasi ke-16 UM. Saudara Mazlan berbakat dalam nyanyian dan juga percussion. Syabas tuan pengerusi~

2. Saihan

Jejaka ini berasal dari Kelantan dan bertindak sebagai timbalan pengerusi UM. Beliau juga seperti Mazlan, berbakat dalam nyanyian terutamanya second voice dan juga dalam percussion. Beliau adalah pelajar tahun 1 dan Generasi ke-16 UM.

3. Muzaffar

Anak teruna tahun 2 ini memegang jawatan sebagai setiausaha yang baru untuk sesi 2010. Beliau satu-satunya Generasi UM ke-15 yang masih ada. Berbakat dalam beberapa jenis suara terutamanya sebagai vokalis. Hehe~

4. Izham

Saudara kita ini berjawatan bendahari yang berbakat sebagai solo. Beliau adalah pelajar tahun 1 dari Generasi ke-16 dan lagu kesukaan beliau rasanya Bersatu. *wink*~

5. Khairul Hafizuddim

Pelajar tahun 1 yang berasal dari Kodiang, Kedah dengan bakatnya yang hebat sebagai pemain percussion menjadikannya sebagai ketua percussionist. Juga mempunyai bakat dalam suara faseto tetapi belum lagi diasah. Huhu~

6. Anas

Seorang lagi pelajar tahun 1 yang agak pendiam orangnya, sangat berbakat bermain yanki dan shaker (saya sangat jealous. hahaha...). Juga dari Generasi ke-16.

7. Shahir

Berbakat dalam seni suara. Pelajar tahun1 dari Generasi ke-16 dan baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 'tehcnician' UM yang terbaik kerana prestasinya yang sangat mantap ketika persembahan di rumah anak yatim. Alhamdulillah~ Syabas~

8. Mohd Kamal

Dilantik sebagai Mursyidul Am (penasihat) UM kerana bakatnya yang sangat dikagumi dalam seni suara dan percussion. Vokalis paling mantap dengan keupayaannya menyanyi dengan pelbagai jenis suara. Jejaka ini berasal dari Selangor dan pelajar tahun 4 dari Generasi ke-13.

9. Rizauddin

Generasi UM ke-11 ini berasal dari Kuching sangat berbakat dalam bidang suara dan antara senior yang banyak pengalaman dalam industri nasyid IPT. Hehe...

10. Arif Zaki

Terkenal dengan gelaran 'comel' (saya pernah dengar dengan telinga saya sendiri) dikalangan peminat, jejaka tahun 3 ini sangat berbakat dalam vokalis. Percussion juga tidak kurang hebatnya~

11. Shah Razif

Pelajar tahun 3 dari Generasi ke-14 sangat berbakat dalam menyanyi. Lagu hits nya adalah Sesama Insan dengan chorus 'bukan selalu'. Hehe... Juga berbakat dengan bermain percussion.

12. Shafrin

Saudara tahun 3 dari Generasi ke-14 juga, handal juga dalam menyanyi dan juga terkenal dalam permainan kompang. Pakar bermain alat yang bernama jedo. Bukan judo ye... Hehe.

13. Ezad

Lelaki ini sangat hebat dengan suara bass (saya pun boleh buat tetapi tidak semantap beliau). Berasal dari Pulau Pinang dan juga pelajar tahun 3 dari Generasi ke-14.

14. Harunal Rejan

'King of Calypso' adalah gelarannya kerana kepakarannya dalam bermain percussion rentak calypso. Huahaha... Jejaka ini adalah tahun 3, berasal dari Sabah dan juga Generasi ke-14.

15. Hafizuddin Shah

Generasi ke-14 UM ini adalah pelajar tahun 3 dengan kemahiran nyanyian yang hebat. Juga master kepada kompang yang berasal dari Muar, Johor...

16. Mohd Faiz

Beliau adalah Generasi ke-11, menyambung pelajaran di peringkat master dan merancang untuk menyambung Phd. Moga-moga berjaya. InsyaAllah~

Saudara Faiz

Begitulah sedikit sebanyak pengenalan kepada ahli-ahli kumpulan UM. Ada seorang lagi pelajar Generasi ke-11 UM iaitu saudara Lutfi yang juga melanjutkan pelajaran di peringkat master.

Rasanya setakat ini dulu. Eh, eh! Ada seorang lagi yang tertinggal. Person in-charge untuk blog UM ini. Lupa la pula. Hehe. Beliau berasal dari Klang, Selangor. Berbakat dalam bermain percussion dan baru perasan kebolehan menyanyi suara bass. Da tahun 4 baru perasan. Huhu. Beliau adalah Generasi ke-13 UM bernama Md Firdaus.


Md Firdaus (Alchemy Al-Jazari)
Petroleum Engineering


**p/s - moto tu arif zaki punye. hehe~
|
This entry was posted on 11:12 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 comments:

On January 25, 2010 at 11:07 AM , Anonymous said...

x sangka plak ramai org sabah dlm um.ezad pun sabah...haha..saya demand recheck.

 
On January 25, 2010 at 11:10 AM , runalrejan said...

salam,tahniah ke atas blogger um yg mantap,bro daus..smoga um smakin bjaya d msa akan dtg.mantap la mazlan...

 
On January 25, 2010 at 1:01 PM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

oh, ezad bkn sabah ek? aku slh dgr ni. hahaha xpe2 nnt aku edit blk

 
On January 25, 2010 at 10:15 PM , Anonymous said...

hehehe....nama sy Mohd Hafizudin Shah bin Zainudin heheheheheheh

 
On January 28, 2010 at 10:56 AM , sayz_hann said...

salam//
pergh x tahu plak ezad oghe SABAH
keh..keh...keh....

 
On January 28, 2010 at 12:45 PM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

hahahaha~ die org mane ek? nnt aku edit

 
On January 28, 2010 at 10:41 PM , Mohd Khairul Hafizzuzdim said...

pergh...
UM's terbaik ar...
sy dim...

 
On January 29, 2010 at 12:01 AM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

InsyaAllah kite sentiase terbaik. hehe. ko br hrni ke nk tgk blog ni? adoi~ tgk la hari2. warge UM terutamanya! meriahkan la blog ni. promote2 kat kawan2. Mazlan, bg tau En. Azam kite ade blog.Suruh die bgtau seluruh K9. huhu

 
On February 2, 2010 at 1:52 AM , Mohd Kamal Bin Othman said...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...kami tampilkan barisan kepimpinan Ukhwatul Muslimin (UM's KTDI) dan juga saf-saf senior yang banyak mencurah ilmu dan pengalaman pada kami. Andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersasul kata-kata, ter...buat anda tak suka, ringan-ringankanlah hati untuk memaafkan kami, tegurlah dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya kita semua insan biasa, buat silap bukan sengaja...

Sayang pulak nak tinggalkan UTM, sebab hati dah terikat terpaut dengan da'wah dalam irama nasyid Ukhwatul Muslimin (UM's)...hehehe...

 
On February 2, 2010 at 2:26 AM , Mohd Kamal Bin Othman said...

Assalamualaikum...
Bila masa pulak Dim tukar kos ni...?
hahaha...klu xsalah, Dim 1SKK kn? Kejuruteraan Kimia pure...
hehe...

 
On February 2, 2010 at 6:58 AM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

hahahaha. sory2 salah type kot :p