International Student Leaders Conference (ISLC) Gala Dinner 2010
9:39 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
27 Februari 2010

Pada 26 Februari UM telah memenuhi jemputan persembahan untuk ISLC 2010 anjuran MPP, HEP, KPT & Kerajaan Negeri Melaka. Pada mulanya majlis ini hendak dilakukan di Balai Cerapan UTM. Namun, hujan turun dengan lebatnya dan terpaksa dipindahkan ke dewan Kolej Perdana. Seramai 12 orang ahli UM telah menghadiri majlis ini.


Pada persembahan kali ini, dua sesi diberikan. Sesi pertama UM mengalunkan lagu-lagu berunsur selawat yang dinyanyikan secara medley. Pada sesi kedua, 1 lagu didendangkan, iaitu Rayuan Rindu.



Sementara menunggu sesi ke-2, ahli-ahli UM menjamu selera dengan penuh bersemangat. Dahsyat!!!!

Sebelum makan

Ketika makan, didekati peminat foreigner. Hehe...

Lepas makan. MasyaAllah. Hahaha :-p

Saudara Arif menunjukkan bakatnya bermain lidi sate. Haha

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur, Cik Siti Hadjar dan geng-gengnya. Hehe.


Marhaban
9:08 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
22 Februari 2010

Pada hari sabtu 20 Februari yang lalu UM mendapat jemputan daripada Ustaz Nasir Masrom untuk sama-sama bermarhaban untuk cucu-cucu Mak Jah kalau tidak salah. Seramai 9 orang ahli UM memenuhi jemputan ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Nasir. Selepas itu, alunan selawat dibacakan bersama-sama. Bacaan selawat ini dilakukan sebanyak dua sesi yang mana sesi yang pertama dari pihak lelaki dan kedua dari pihak perempuan.



Selepas selawat beramai-ramai tamat, UM membuat persembahan nasyid berunsurkan selawat. sebanyak 5 selawat didendangkan dan satu lagu, Rayuan Rindu. Selepas menyanyi, mereka bergambar dengan cucu Mak Jah... Sebelum persembahan, ucapan alu-aluan dari tuan rumah...




Selepas persembahan, waktu yang ditunggu-tunggu, makan~ Hidangan yang enak membuatkan ahli-ahli UM makan dengan sangat berselera~



Lepas semuanya selesai, pulang ke KTDI dengan hati yang tenang dan senang... Hehe... Terima kasih Mak Jah sekeluarga... UM

Tak sempat tengok, da abes ~ :'(
7:46 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
9 Februari 2010

Pada 4 Februari yang lalu, Mazlan mendapat mesej daripada En. Azam untuk hadir ke di Kolej 9 (K9). Panggilan ini mengejut. Ingatkan kena nyanyi on the spot. Hahaha, rupenya jemputan menonton teater Sakinah. Malangnya kami hadir ke K9 sudah lewat. Tak sempat pun nak menonton. Habes da... Tak ade rezeki la tu...UM

"Ala, kecewanya da habes~ Ulang balik wey~", Shafrin bermonolog. Hahaha

Akram berkata," Padan muka lambat haha~". Kamal menjawab,"Nak kena pukul dak ni", :-P

"Da habes da pun, nak buat macam mane.Dah2, orang tu nak belanje makan. Jom la~" Ingat makan je dak ni. haha. Jangan marah ye Saihan.

Post mortem kenapa lambat. Mazlan berkata,"Handset ni da tak btol, selalu jatuh". Md Firdaus menjawab,"Alasan!", haha. Mazlan, jangan pecat saya lepas ni :-p
KARISMA `09
1:30 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
5 Februari 2010

Sebelum masuk kepada entry ni, tarikh 5 Februari adalah hari ulang tahun blog moderator, Saudara Md Firdaus ~ hehe~

Kembali kepada topik, tanggal 1 Ogos 2009 yang lalu, pihak Kolej Tun Fatimah,(KTF) ,UTM telah menjemput UM untuk mengadakan konsert bersama Nazrey Johani (bekas vokalis Kumpulan Raihan) sempena program KARISMA `09 (tidak kuingat nama panjang program ini. huhu). Terima kasih yang tak terhingga dari kami kepada pihak KTF. Pada malam itu, UM mempersembahkan 4 buah lagu iaitu Redha, Hati Insan, Sesama Insan, dan Rayuan Rindu. Nazrey Johani mendendangkan 6 buah lagu kalau tidak silap. Ini adalah antara persembahan-persembahan yang besar bagi pihak UM setelah beberapa lama tidak mengadakan persembahan bersama artis nasyid popular tanah air. Ini juga adalah satu pengalaman bagi ahli-ahli UM yang baru pertama kali membuat persembahan bersama artis nasyid. Semoga pengalaman ini adalah antara pengalaman yang berharga untuk dikenang dan sebagai pembakar semangat untuk berda'wah dengan irama-irama nasyid di masa akan datang. Video-video persembahan boleh ditonton di sini...UM









Video UM
9:11 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
4 Februari 2010

Nostalgia UM
8:11 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
2 Februari 2010

Sebagaimana yang diketahui, UM sudah lama bertapak di bumi UTM. Banyak pengalaman, persembahan, pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan UM. Semua peristiwa-peristiwa itu pastinya menjadi suatu kenangan yang manis bagi mereka yang terlibat. Jadi, posting kali ini adalah dengan niat untuk menyingkap kembali nostalgia-nostalgia UM di masa silam.

Gambar ini tidak disusun ikut masa sebab tak pasti mane 1 peristiwa yang berlaku dulu. Atas: Reunion tahun 1994-1998. Tengah: Generasi awal buat persembahan dengan jubah kilat-kilat, sekarang pun baju utama masih kilat-kilat. Meneruskan tradisi. Hehe. Bawah: Tak pasti bila peristiwa ini berlaku. Persembahan dengan gaya yang menarik.

Semua gambar-gambar ini rasanya belum lama sangat. Sekitar tahun millenium juga. 1: Attaghanni 2004, pertandingan nasyid ni rasanya. 2: Persembahan masa konvokesyen, sama-sama dengan Rabbani. 3: Persembahan di kolej.

1: Gambar lama juga. 2: Inilah antara generasi-generasi emas UM. Banyak membantu generasi-generasi 12-14 yang mana sempat la. 3: Persembahan di KTDI. Macam sama dengan gambar yang atas tadi.

Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar lama UM ni. Kalau mahu dimuat naik semua memang tidak terdaya tetapi inilah antara memori-memori silam UM untuk tatapan semua. Apa yang diharapkan adalah do`a, komitmen para ahli dan sokongan semua agar UM senantiasa dapat meneruskan da'wah dalam arus perdana yang mencabar di akhir zaman ini. Aameen...UM
Petang 'gersang'
6:43 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
1 Februari 2010

Petang 29 Januari, seperti biasa sepatutnya latihan kompang. Namun, ramai yang mempunyai hal masing-masing. Jadi, kalau batal kompang dan tak buat apa-apa, maka tak seronok la. Oleh itu, untuk mengisi 'kegersangan' petang itu, 4 orang ahli UM iaitu Kamal, Hafizuddin Shah, Khairul Hafizzuzdim dan Md Firdaus (saya la tu, hehe...) pergi ke balai cerap dengan membawa alat-alat percussion. Kami memeriahkan petang dengan permainan percussion di kala manusia-manusia sedang bersukan. Hehe. Sebelum pergi ke balai cerap, kami melakukan sedikit perubahan iaitu menukar signboard di atas pintu bilik operasi UM. Sebenarnya sudah lama signboard itu hendak ditukar oleh Md Firdaus ketika menjadi Pengerusi UM namun tidak kesampaian. Pada petang itu, dengan izin Allah SWT, hasratnya tercapai~ Alhamdulillah...UM

Inilah hasilnya setelah hampir 20 tahun mungkin signboard lama tu.

Ini adalah design signboard baru oleh saudara Md Firdaus. Rasanya tidaklah lawa sangat sebab tak pandai sangat nak design. Sekurang-kurangnya adalah perubahan bilik UM tu...

Signboard lama tidak dibuang tetapi dipindahkan ke bahagian dalam bilik UM. Saudara Kamal (kiri) dan Saudara Md Firdaus (kanan) memasang signboard...

Latihan di balai cerap...

**masa pergi print signboard kat i-Print Solution Taman U, saya kena saman parking. Ingatkan sudah habis office hour, MPJBT tak saman. Huwaa~