Nostalgia UM
8:11 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
2 Februari 2010

Sebagaimana yang diketahui, UM sudah lama bertapak di bumi UTM. Banyak pengalaman, persembahan, pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan UM. Semua peristiwa-peristiwa itu pastinya menjadi suatu kenangan yang manis bagi mereka yang terlibat. Jadi, posting kali ini adalah dengan niat untuk menyingkap kembali nostalgia-nostalgia UM di masa silam.

Gambar ini tidak disusun ikut masa sebab tak pasti mane 1 peristiwa yang berlaku dulu. Atas: Reunion tahun 1994-1998. Tengah: Generasi awal buat persembahan dengan jubah kilat-kilat, sekarang pun baju utama masih kilat-kilat. Meneruskan tradisi. Hehe. Bawah: Tak pasti bila peristiwa ini berlaku. Persembahan dengan gaya yang menarik.

Semua gambar-gambar ini rasanya belum lama sangat. Sekitar tahun millenium juga. 1: Attaghanni 2004, pertandingan nasyid ni rasanya. 2: Persembahan masa konvokesyen, sama-sama dengan Rabbani. 3: Persembahan di kolej.

1: Gambar lama juga. 2: Inilah antara generasi-generasi emas UM. Banyak membantu generasi-generasi 12-14 yang mana sempat la. 3: Persembahan di KTDI. Macam sama dengan gambar yang atas tadi.

Banyak lagi sebenarnya gambar-gambar lama UM ni. Kalau mahu dimuat naik semua memang tidak terdaya tetapi inilah antara memori-memori silam UM untuk tatapan semua. Apa yang diharapkan adalah do`a, komitmen para ahli dan sokongan semua agar UM senantiasa dapat meneruskan da'wah dalam arus perdana yang mencabar di akhir zaman ini. Aameen...UM
This entry was posted on 8:11 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On February 3, 2010 at 5:22 PM , Mohd Kamal Bin Othman said...

Assalamualaikum
begitulah kisahnya para-para senior kami yang Alhamdulillah diwarisi oleh kami, generasi ke 14 ke atas. Berkat memperjuangkan da'wah dalam bentuk irama nasyid dapat berkekalan sehingga ke hari ini...

Teruskan perjuangan, Ukhwatul Muslimin...

By the way, Attaghani 2004 adalah satu pertandingan nasyid inter-varsity yang menampilkan Ukhwatul Muslimin (UM)-bukan Universiti Malaya ye...UKM, dan sebilangan lagi institusi-institusi pendidikan yang terkemuka ketika itu...

Wallahua'lam...

 
On February 3, 2010 at 10:19 PM , Anonymous said...

Assalamualaikum..insyaAllah mari kita bersama2 menaikkan nama UM n tetapkan niat kita dalam berdakwah dan ikhlaskan diri.insyaAllah,Allah akan membantu kita....

 
On February 3, 2010 at 11:53 PM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

Wa`alaikumussalam... ye, marilah berusaha mema'murkan bumi Allah dengan mencari keredhaan-Nya...