Sutera Kasih
5:36 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
28 Januari 2010

3 hari selepas membuat persembahan di rumah anak yatim PKAYI, iaitu pada 19 Januari 2010, UM meneruskan undangan persembahan ke Kolej 9 untuk kali kedua untuk semester ini. Kali ini bagi meraikan pelantikan Jawatankuasa Kolej 9 (JKM K9). dikenali sebagai Malam Sutera Kasih. Bagi persembahan ini, UM menyanyikan 2 buah lagu, Setelah Aku Dipaling dan Bingkisan Rindu. Pada majlis pelantikan JKM K9 ini, Dr. Mohd Sharif Mustafa bertindak selaku VVIP.

Barisan ahli-ahli UM yang hadir adalah dikalangan senior tahun 2 hingga tahun 4 kerana junior tahun 1 kesemuanya menghadapi ujian pada malam tersebut. Seperti biasa tirai persembahan dimulakan dengan alunan perkusi. Kemudian disusuli dengan ta`arruf daripada anggota UM kepada warga K9 yang hadir. Nyanyian dimulakan dengan lagu Bingkisan Rindu yang dipopularkan oleh kumpulan Far East dengan bantuan minus-one. Manakala lagu kedua lagu dendangan kumpulan nasyid Rast, Setelah kudipaling diiringi oleh bunyian gitar alunan dari Saudara Harunal Rejan, King of Calypso. Hehe...


Saudara Harunal Rejan memikirkan sesuatu... hehe. Mungkin sedang berkata, " Hebat aku main gitar tadi".

Bagi kami, persembahan pada malam itu telah dibuat dengan rapi dan rehearsal juga telah dilakukan pada sebelah petangnya. Namun, kita merancang tetapi Allah SWT juga merancang. Mikrofon menghadapi masalah ketika persembahan dan gitar tertinggal di belakang para penonton.

Walaubagaimanapun, kami sudah mencuba yang terbaik untuk berda'wah sambil menghiburkan para hadirin yang dihormati. Kami memohon ampun da maaf atas segala ketidaksempurnaan kami dan kami akan memperbaiki persembahan kami di masa akan datang. Terima kasih ditujukan kepada warga K9 yang sudi menjemput kami membuat persembahan pada malam itu...UM


Bergambar kenang-kenangan



Ragam selepas persembahan... Shah Razif (kiri sekali) membayangkan memegang mic barangkali, khusyuk menyanyi. Haha...
|
This entry was posted on 5:36 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments:

On January 29, 2010 at 12:56 PM , Anonymous said...

salam,smoga um dpt terus maju ke hdpn.bwk lagu tgi2.

 
On January 29, 2010 at 3:18 PM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

wsalam... insyaAllah...

 
On February 2, 2010 at 1:30 AM , Mohd Kamal Bin Othman said...

Assalamualaikum...

InsyaAllah, kami sentiasa mengharap doa-doa kalian dan sokongan serta dorongan anda semua dalam menghidupkan irama Islamic Entertainment atau Nasyid di dalam kampus... Sama-samalah kita berdoa agar da'wah didalam irama nasyid sebegini diterima oleh semua lapisan masyarakat, Ameen.. Sama-sama jugalah untuk terus memberi sokongan kepada kami untuk terus menyampaikan hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. InsyaAllah...Terima kasih atas doa-doa serta dorongan kalian. Moga Allah SWT membantu mempermudah urusanmu kerana sesungguhnya kamu telah mempermudahkan urusan kami, Ameen...

 
On February 2, 2010 at 6:57 AM , KELAB UKHWATUL MUSLIMIN said...

Ameen~

 
On February 23, 2010 at 11:49 AM , syah said...

bukan selalu