Mini Konsert Bersama Azhan Atan
8:05 PM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
7 Mac 2010

Satu mini konsert telah diadakan di Kolej Tun Fatimah (KTF) UTM pada 6 Mac 2010. Pada konsert ini menampilkan artis Juara Akademi Nasyid Musim Pertama, Azhan Atan. UM sekali telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan pada mini konsert ini. Ia diadakan bersempena meraikan anak-anak yatim dan juga kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan. UM mendendangkan 3 buah lagu, iaitu Gemilang, Warisan, dan Harapan PadaMu Subur Kembali. Manakala Azhan Atan menyanyikan 6 buah lagu dan kami diberi peluang untuk bernyanyi bersama-sama beliau di atas pentas. Bagi UM, ini adalah satu lagi pencapaian yang baik dalam bidang nasyid selepas dapat bergandingan dengan Nazrey Johani pada Ogos 2009 yang lalu. Syabas UM! Semoga Allah terus memberkati usaha-usaha dakwah ini. Terapkanlah keikhlasan dalam jiwa supaya dapat berdakwah melalui nasyid dengan lebih baik di masa hadapan. Terima kasih sekali lagi buat En. Azam yang tidak jemu mengundang kami...UM



This entry was posted on 8:05 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On March 16, 2010 at 3:02 AM , Bro.... said...

abg azhan mantap dan terbaik dari ladang...ble nak duet ngan UM lg???

 
On March 17, 2010 at 9:24 PM , nadira said...

kami mengomen ketika kalian d atas pentas...
"sore abg nie sedap.."
pastu.."eh..sore abg yg nie ag sedap.."
"erm..sore abg yg nie ag besh.."
snang cte...sume sore sedap la..
UM terbaek..hehehe..
ag 1 komen..."eh..npe abg din tu cm ke tepi sgt..mcm nyanyi sorg2 jer.."huhu..jgn mara abg din..peace..