UM Berhari Raya dan Berkonsert
12:32 AM | Author: KELAB UKHWATUL MUSLIMIN
Assalamualaikum...

Perginya Ramadhan sering dirindui,
Syawal berlalu tetap dinanti,
Zulkaedah tiba menambah seri,
Semoga amalan tetap diberkati...

Entry kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan serangkap pantun sebagai pemujuk diri buat mereka yang menunggu bilakah agaknya blog ini akan di"update"...Seperti yang disebut dalam entry yang sebelum ni...UM bukannya "hilang", cuma update tu dapat dilakukan sekali-sekala sahaja...entry kali ini menampilkan aktiviti terbaru UM bermula dengan jemputan persembahan sempena Jamuan Hari Raya, Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) yang diadakan pada 3 Oktober 2010 bersamaan 24 Syawal 1431 di Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra, UTM...Dalam persembahan ini, UM mendendangkan dua buah lagu iaitu Mentari Syawal oa: Hafiz Hamidun dan Haziq serta Hati Insan...Tiada gambar yang dapat di"upload" kerana kami kekurangan kakitangan untuk mengambil gambar sepanjang persembahan ini...
~teringat kat abg firdaus...


Aktiviti UM diteruskan lagi dengan konsert nasyid Malam Kesenian Islam 2010 yang dijayakan oleh Devotees, Far-East, dan Azhan Atan...Dalam konsert ini, UM dijemput sebagai kumpulan nasyid jemputan dari UTM bagi sama-sama menjayakan konsert nasyid ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi program korban sempena Aidiladha di Kemboja...Sememangnya ini adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana kami berpeluang berkongsi pengalaman dan tak lupa juga beberapa tips untuk menjadi penasyid yang berjaya...InsyaAllah...Dalam konsert ini, UM mendendangkan dua buah lagu iaitu Hati Insan dan Warisan...


Poster konsert...




Ketika sesi latihan...



Bersama Ustaz Azhan...



Selain Ustaz Azhan, Konsert turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan Devotees dan Far-East...


Kumpulan Devotees



Kumpulan Far-East


UM bersama Devotees


Sampai disini entry kali ni, InsyaAllah UM akan kembali dengan "latest update" untuk entry yang akan datang...Assalamualaikum....






|
This entry was posted on 12:32 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On October 22, 2010 at 6:44 PM , alchemy said...

alhamdulillah~ ade gak updatenye~ hehe... semoga success2 selalu ok~

 
On November 3, 2010 at 2:09 AM , Bakal pergi.... said...

alhamdulillah akan update yg len..menyusul dgn aktiviti yg len...cuma skrg bz ngan exam dan presentation..